Thursday, January 19

Karnival Lepasan Sekolah 2017

Assalamualaikum & Hi!
Apa khabar semua? So, im back daripada dekat dua minggu TM buat hal dekat rumah ni. Berbalik pada cerita kita. Karnival Lepasan Sekolah (KLS) 2017 ni satu program yang berkitan dengan kerjaya apa yang perlu kita ceburi akan datang. Daripada program ni, kita dapatlah tambah ilmu-ilmu yang lebih mendalam tentang minat kita. Jujur ayu cakap, program ni sangat-sangat berbaloi dengan details yang dia bagi dalam program tu.

Sejujurnya, ayu tak tahu apa-apapun pasal program ni. Ada pulak kawan yang jenis minat nak pergi situ sana sini. Dia ajak ayu, jadi ayu ikut jela walaupun dah ada minat dan tahu nak sambung apa lepas spm ni..tapi orang katakan, ilmu ni sampai mati kita kena cari. KLS ni luas dia punya program, maksudnya bukan dekat area ayu je. Ibarat satu Malaysia adakan program KLS ni under KRIM. KRIM ni tak silap kelab remaja isma. Tak silap ayu lah.

Yuran dia pun berbaloi, macam haritu ayu pergi ayu kena bayar RM25 sahaja sebab berkumpulan kalau individu RM30. KLS yang ayu pergi ni dekat Universiti Malaya, ceh dapatlah merasa macam belajar dekat situ kan. Ayu pergi tu pada tarikh 14 Januari. Tapi, ada sesetengah KLS ni kena bayar RM20 sahaja bergantung pada tempat mungkin. Mungkinlah sebab ayu pun tak pasti. Makan dia bagi, sarapan pagi, tengahari dengan minum petang tak silap. Program KLS yang ayu pergi ni bermula pada pukul 8.00 pagi - 6.30 petang. Lamaaaaa! Tapi macam-macam ada.

Nak cerita pasal slot-slot dia lebih detail tak dapat sebabnya ayu sendiri ingat-ingat lupa. Maklumlah banyak makan semut hii. Tapi yang ayu ingat, ada slot career talk, persembahan, forum, cabutan bertuah. Ha ni penting tapi tak bertuah pulak diri ni. Sedih betul kan? So far, program KLS ni the best one lah! Sesiapa yang lepasan spm ke stpm ke stam ke, u guys should go! Macam mana nak tahu lebih lanjut pasal program ni? Boleh search dekat instagram #kls2017. Dekat hashtag tu, diaorang akan share bila lagi akan adanya program-program ni dalam masa dekat! So try okay :) My next program is One Step Closer (OSC)! Yahooo.!

3 comments:

  1. wah baguslah tu dik pergi benda2 mcmni. sekurangnya tahu apa nak diambil untuk akan dtg :)

    ReplyDelete
  2. bertuah ayu dapat join program macam ni.. sangat bagus.. program-program mcm ni lah akan tambah ilmu dalam diri.. tambah yakin dan berani nak bergaul dengan dunia luar..;)

    ReplyDelete
  3. rajin nya join program. kalau saya, lepas spm je terus enjoy hahaha /thumbs up/

    ReplyDelete

Terima kasih sebab membaca. Tinggalkan komen anda! :)
Thanks for reading. Leave your comment! :)
Gracias por leer. Deja tu comentario! :)