Tuesday, January 31

Review: Bangi Wonderland, Bangi

Assalamualaikum & Hi!
Selamat pagi warga bloggers :)
Harini mood is okay, jadi kita bolehlah membaca entri pada hari ni. Berbalik pada tajuk, kepada peminat-peminat yang suka sangat pergi waterpark ni bolehlah baca entri ni! Kepada penduduk berdekatan seperti Nilai, Bandar Seri Putra, Bangi & etc bolehlah datang ke Bangi Wonderland. Nak kata rugi, tak juga. Nak kata untung, pun tak juga. Tapi kalau dah minat, tak kesah dah rugi ke untung kan. Haritu, ayu pergi dengan ex-schoolmates sebab dah rindu sangat kenalah plan something supaya dapat jumpa. Ayu hanya bayar RM40 sebab ayu guna promo 11street.my. Tapi sekarang dah sold out! Harga sebenar masuk ke Bangi Wonderland ni agak mahal sikit. Nak kata berbaloi tu agak kurang berbaloi sedikit. Jadi, kenalah selalu survey-survey promotion kalau taknak rugi.
source: google
Tak banyak yang ayu dapat main haritu sebab masa yang limit dan sebab kawan-kawan taknak cuba beberapa permainan, katanya dah cuba dekat Gambang Waterpark. Jadi, kita ikutkan sahaja sebab ayu pun pernah pergi gambang. Nak cerita serba sedikit tempat dia. Masuk je guard, nampak besar-besar dia tulis BANGI WONDERLAND. Jadi, kena ambil gambar dekat situ. WAJIB! Sebagai ootd, is a must tau dan upload masuk ig jangan lupa tu! Dah ambil gambar, sebelah kiri ada kaunter dia. Lepas bayar tiket semua, ada satu meja dekat situ la dia check korang-korang ni bawa makanan ke apa-apa yang dilarang ke. Jadi hati-hati jangan sampai kena tahan, ceh haha. Lepastu, sebelum betul-betul masuk, dia akan ambil gambar kita untuk diprintkan harganya RM18.
Kemudiannya, jumpa bahagian locker. Tak ingat berapa harga dia sebab ayu tak guna locker. Seterusnya, sampailah ke tempat air-air. Dekat situ adalah tempat nak letak baju-baju semua. Tempat persalinan memang banyak bilik mandi dia tapi tempat nak duduk dia, sangat terhad! Jadi, jangan bawa beg besar-besar kesian dekat orang nak letak barang dia juga. Dekat sini, ayu share map BW ye! Ayu dapat main Boomeriang, Kid' Adventure, Pirate's Bay, Magic Funnel, Insane Racer. Makanan taklah mahal sangat tapi masa nak siap tu lama sangat-sangat lama! Kesian kawan ayu yang lapar kebuluran tu.
Jadi, kalau rasa nak berbaloi pergi tu. Jangan pergi tanpa promo, harga RM58 tu terlalu mahal! Jadilah pengguna yang bijak. Have fun! Semoga BW dapat menambahbaikkan lagi perkhidmatannya. Harap entri ni membantu :)

Love, ayu xx

Sunday, January 29

8 SHARE: Antara Lagu-Lagu Yang Disukai Kaum Lelaki Tapi Malu Nak Mengaku. LOL!

Assalamualaikum & Hi!
Selamat tengahari warga bloggers :)
source: tumblr
Tak sangkanya lelaki pun minat semua lagu-lagu ni. OMG! Cuba usha SINI kalau nak tahu apa sebenarnya lagu yang lelaki minat ni.

Thursday, January 19

Karnival Lepasan Sekolah 2017

Assalamualaikum & Hi!
Apa khabar semua? So, im back daripada dekat dua minggu TM buat hal dekat rumah ni. Berbalik pada cerita kita. Karnival Lepasan Sekolah (KLS) 2017 ni satu program yang berkitan dengan kerjaya apa yang perlu kita ceburi akan datang. Daripada program ni, kita dapatlah tambah ilmu-ilmu yang lebih mendalam tentang minat kita. Jujur ayu cakap, program ni sangat-sangat berbaloi dengan details yang dia bagi dalam program tu.

Sejujurnya, ayu tak tahu apa-apapun pasal program ni. Ada pulak kawan yang jenis minat nak pergi situ sana sini. Dia ajak ayu, jadi ayu ikut jela walaupun dah ada minat dan tahu nak sambung apa lepas spm ni..tapi orang katakan, ilmu ni sampai mati kita kena cari. KLS ni luas dia punya program, maksudnya bukan dekat area ayu je. Ibarat satu Malaysia adakan program KLS ni under KRIM. KRIM ni tak silap kelab remaja isma. Tak silap ayu lah.

Yuran dia pun berbaloi, macam haritu ayu pergi ayu kena bayar RM25 sahaja sebab berkumpulan kalau individu RM30. KLS yang ayu pergi ni dekat Universiti Malaya, ceh dapatlah merasa macam belajar dekat situ kan. Ayu pergi tu pada tarikh 14 Januari. Tapi, ada sesetengah KLS ni kena bayar RM20 sahaja bergantung pada tempat mungkin. Mungkinlah sebab ayu pun tak pasti. Makan dia bagi, sarapan pagi, tengahari dengan minum petang tak silap. Program KLS yang ayu pergi ni bermula pada pukul 8.00 pagi - 6.30 petang. Lamaaaaa! Tapi macam-macam ada.

Nak cerita pasal slot-slot dia lebih detail tak dapat sebabnya ayu sendiri ingat-ingat lupa. Maklumlah banyak makan semut hii. Tapi yang ayu ingat, ada slot career talk, persembahan, forum, cabutan bertuah. Ha ni penting tapi tak bertuah pulak diri ni. Sedih betul kan? So far, program KLS ni the best one lah! Sesiapa yang lepasan spm ke stpm ke stam ke, u guys should go! Macam mana nak tahu lebih lanjut pasal program ni? Boleh search dekat instagram #kls2017. Dekat hashtag tu, diaorang akan share bila lagi akan adanya program-program ni dalam masa dekat! So try okay :) My next program is One Step Closer (OSC)! Yahooo.!

Tuesday, January 3

Back To School..

Assalamualaikum & Hi!
Apa khabar semua? Seperti yang dijanjikan, akan bermulanya aktif semula blog ni menjelang 2017. Sedar tak sedar, ayu dah masuk 18 tahun walaupun perangai macam kanak-kanak tapi kenalah terima kenyataan lepas ni kenalah jadi matang sikit. Pada umumnya, ayu akan berubah lepas habis sekolah dan nantikan perubahan itu tak kisahlah dari segi apa-apapun kita tunggu dan lihat sahaja.

Title entri ni? Kisahnya akan diceritakan. Ayu ada adik yang baru masuk form 1. Dulu, ayu cumalah sekolah harian jadi taklah banyak benda nak beli. Si budak ni baru nak masuk asrama, macam-macam kena beli. Pokai mama ayu. Aiyoo. Dia akan masuk sekolah agama. Okay..Baguslah tu. Mulanya, dia pergi daftar sekolah yang ayu sekolah dulu. Lepas je daftar, dia terus dapat tawaran sekolah agama yang dia pergi ni. Mestilah pilih sekolah agama sebab dia beriya sangat nak masuk asrama. Last minute, macam biasa beli barang sekolah. Ini alkisah adik pertama.

Adik kedua ayu pulak baru je umur 5 tahun. Walaupun kita tahu yang tadika masuk lambat sekolah tapi susah sangat sangat nak kejut budak kecik ni bangun mandi pepagi. First day sekolah dia, dia bangun pun mama pujuk. Alhamdulillah mandi pergi sekolah. Hantar dia pergi sekolah dengan mama, macam nak nangis macam je. Balik waktu ambil dia, kemain gembira dia. Ingatkan happy sebab belajar rupanya happy sebab dapat main. Bagus bagus. Takpe, awal lagi nak serius belajarkan.

So far, ayu sangatlah bosan bila semua orang takde dekat rumah tapi ayu pun pergi sekolah juga cuma bukan setiap hari iaitu DRIVING SCHOOL GUYS. Ya Allah, sangatlah tak sabar nak lulus segala jadah lesen kereta tu. Nak jalan-jalan sebelum sambung belajar. Doakan yang baik-baik sahaja ye. DONE! Much love xx

Sunday, January 1

HAPPY NEW YEAR! 2017!

Assalamualaikum & Hi!
Agak kelewatan tapi apalah salahnya kita mengucapkan selamat tahun baru kepada semua rakyat bloggers hehe. Rasa-rasanya semua orang ada azam kan yang perlu dicapai, eh mesti ada yang azam 2016 pun belum tercapai kan :p Apa kata korang komenlah apa agak-agaknya azam korang untuk 2017 ni. Teringin juga ayu tahu azam korang ni. Manalah tahu tetiba sama ke kan. So far, azam 2016 ayu ni em sebenarnya azam 2016 pun ayu dah tak ingat apa. hahaha. So, goodluck untuk semua capai azam 2017 :) HAPPY NEW YEAR! Ayu kena mulakan hidup baru sebab ayu dah umur 18 tahun. So, kena belajar survive diri sendiri hm. Semoga keputusan SPM ayu bulan 3 nanti yang terbaik insyallah amin. Doakan ye :)